Sunday 13 November 2016

Senarai tempat best di Langkawi

Wanista.com
[Review] – 10 Tempat Makan BEST Di Langkawi, Kedah
Semua orang suka makanan yang sedap dan murah terutamanya apabila pergi melancong. Kadang-kadang kita try-try makanan sebab tak tahu atau tak ada review mengenai makanan tu. Sedap ke mahal ke belakang kira. Kali ini kami nak kongsikan tempat makan yang best yang terdapat di sekitar Langkawi yang kami dah cuba sendiri dan juga cadangan dari mereka yang sudah berkunjung ke Langkawi. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang sedap ada yang biasa-biasa. Hopefully dapat beri informasi yang berguna pada anda yang bakal melancong ke Langkawi tu ya.
Selepas ini ada artikel mengenai tempat-tempat best di Langkawi serta shopping di Langkawi. So tunggu! :))

1. Laksa Power ( Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi )

Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.
Laksa Power Langkawi
Laksa Power Langkawi. 5 Bintang. Laksa paling sedap yang kami pernah makan. WAJIB CUBA

2. Restoran Haji Ramli, Langkawi

Restoran Haji Ramli dibuka dari petang hingga tengah malam. Terletak di bahu jalan pantai Cenang Langkawi, restoran ini menyediakan menu seafood dan masakan ala Thai yang best dan harganya murah. Kami cadangkan anda cuba ikan bakar di restoran ini kerana rasanya memang lain dari yang lain mungkin kerana perapan ikan bakar tu istimewa serta sambal ikan bakarnya yang best.
BACA
4 Remedi Mudah untuk Tona Kulit Sekata
Pantai Cenang Kedawang 07000 Langkawi, Tel 049554128
Restoran Haji Ismail di Pantai Cenang Langkawi

3. Restoran Wan Thai ( pekan Kuah Langkawi )

Tatkala kami masuk ke dalam restoran Wan Thai ini, memang terasa aura ‘thai’ dan sangat authentic. Menu yang disediakan adalah makanan thai yang sangat sedap. Anda perlu cuba otak-otak Wan Thai ini kerana memang penuh dengan udang, isi ketam, ayam dan kerang dan rasanya amat unik. Selain itu ada juga pencuci mulut, masakan signature yang lain. Kapasitinya pula boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Best!
Tel: +6 (0)4 – 9661214
wanthairestoran@bluehyppo.com
Waktu Operasi : Setiap hari
11am -15pm & 6.30pm -10pm
Harga
Signature dishes RM 18-25
Makanan Laut Rm12-15
Sayur RM10
Nasi & Mee Rm9
Ikan RM6-7/100gram
Pencuci Mulut RM3-10

4. Islandish Seafood Restaurant ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran yang terletak di pantai Cenang ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah berbanding restoran Orkid Ria dimana kalau di Orkid Ria harga udang galah adalah di antara RM17-Rm18 per 100gram manakala di sini hanya RM13 per 100gram. Berat udang galah pula adalah 500gram-1kg untuk seekor jadi anggaran harganya pula adalah RM50 ke atas. Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula anda boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style.
Lokasi No. 8, Kampung Tanjung Mali Mukim Kedawang 07000 Langkawi,  ( depan Mali Perdana Resort ) Tel 04- 9555528
BACA
Ikuti diet pemakanan yang betul - penghidap penyakit diabetes jenis 2
Seafood di Pantai Cenang

5. Air Kelapa/ Coconut Shake ( Jalan padang Matsirat )

Kalau dah pergi pantai, memang nak cari air kelapa lah ye dok? Selain dari bahu jalan airport Langkawi ke Pantai Cenang, di jalan ke Padang Matsirat juga ada gerai yang menjual air kelapa muda. Rasa coconut shake nya tidaklah sesedap pantai Klebang Melaka, boleh tahan je lah. Harganya pula dari RM1.5 ke Rm5 ikut jenis air apa yang kita pilih.
Lokasi : antara bulatan airport Langkawi ke jalan menuju Padang Matsirat

6. Jai Island Cafe ( pekan Kuah Langkawi )

Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Disini juga ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Ambiencenya juga best dan selesa. Kami cadangkan bagi anda yang mahu mencuba Jai Island Cafe ini, try makanan westernya seperti lambchop, signature chicken chop dan juga burgernya. Sedap!
Lokasi : Kuah Riverside 07000 Langkawi, Tel 04 9666948

7. Artisan Pizza ( pantai Cenang Langkawi )

Mungkin kerana ramai pelancong asing, di sepanjang jalan pantai Cenang ini ada banyak juga gerai yang menjual pizza dan western food. Pemilik Artisan Pizza ini sangat friendly dan sporting. Artisan Pizza ini terletak bersebelahan dengan Reggae Bar dan dibuka dari 9pagi hingga 2 pagi. Selain pizza, disini juga ada sandwich, baguette, garlic bread, icecream, minuman panas dan sejuk. Harga pizza pula diantara RM19 hingga RM35 mengikut saiz dan juga jenis. Selain itu, mereka juga ada perkhidmatan delivery service yang boleh menghantar pesanan anda terus ke depan pintu bilik hotel anda. Kagum tak?
BACA
Budak Lelaki Lapan Tahun Jadi Pujaan Ramai Kerana Badannya
Lokasi : Lot 1230, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
012-4771232 (Cenang), 012-5231232 (Kuah), 017-4771232 (Pantai Kok)

8.  Restoran Orkid Ria ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran Orkid Ria ini menyediakan menu dari makanan laut segar. Ada pelbagai jenis menu yang disediakan tetapi harganya agak mahal sedikit tapi berbaloilah dengan apa yang anda makan. Anda dinasihatkan untuk datang awal kerana memang restoran ini selalu FULL HOUSE.
Lot 1225, Pantai Cenang  Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah ( Tel 04-9554128 )

9. Yellow Cafe ( Pantai Cenang Langkawi )

Bagi anda yang inginkan suasana romantis, anda boleh datang ke Yellow Cafe yang terletak di persisiran pantai Cenang. Restoran ini dibuka dari waktu petang hingga tengah malam dan menyediakan makanan western.
Lokasi berdekatan dengan Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi  Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah ( tel 0124593190 )

10. EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )

Sama seperti Yellow Cafe, EE Burger juga menyediakan makanan ala Barat dan memang popular dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Ianya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan memang banyak sangat menu sampai tak tahu nak pilih apa. Kalau nak try, anda boleh cuba steak, burger dan chicken chopnya. Berbaloi dan harganya berpatutan.
Lokasi : Persiaran Mutiara Pusat Dagangan Kelana 07000 Langkawi, Tel 01 2476 6614
Powered by WordPress

Saturday 12 November 2016


Tempat penginapan di Langkawi

Bintunismail
10 November 2016
Chalet Murah & Cantik di Langkawi

Kitorang tido sini 1 malam. Kitorang tak booking pon chalet or hotel dihari ke 3. Bukan apa. Kitorang rase macam boleh cari yang lebih murah. Murah disini tak la bermaksud murah sampai tempat tido ntah ape2. Murah disini bermaksud berbaloi la dengan apa servis yang diberi.

Chalet ni dekat dengan airport Padang Matsirat tu. Tak sampai 10 minit dah sampai dah airport.  Kitorang memang plan nak cari penginapan yang dekat dengan airport tak bagi kelam kabut keesokan harinya. Memang very recommended la chalet ni.

Harga untuk 1 malam RM80. Yea la.. aku ulang sekali lagi. RM80 sahaja ! Apa ada kat chalet ni? Astro channel basic dengan Citra. Kalau nak tengok Maharaja Lawak Mega tu.. memang boleh la. Kitorang g mintak kat reception tuka channel 132 mase tu. (Jumaat malam Sabtu) memang legaaaa . Boehh jugak tengok.. poyo kan? Hahahaha !.kitorang 4 orang memang tak penah tinggal la live Maharaja Lawak Mega. Tu yang macam besttt !

Selain Astro, macam biasa, ada jug kettle, water heater, aircond, WIFI. peti sejuk tak de. iron dengan board tu boleh mintak. Haa.. telefon ko nak intercom kawan ko yg duduk chalet sebelah tak ade yea.. so, siap sedia la whatssapp. Hihi ! DAN ! untuk dapatkan WIFI tanpa sangkut-sangkut, SILA mintak chalet yang depan-depan. kira berdekatan receptionist tu.. ok ? aku dapat yang belakang, WIFI sangkut-sangkut. HEHE ! biasa ar, walaupon ada data plan.. pakai WIFI, syokkk sikit. =)

Yang aku tido ni. Memang untuk berdua. Bukak2 je pintu.. dah nampak katil. Pastu ade ruang nak solat sikit. Bilik ni ngam2 je. Tak besar . Tak kecik. Aku rasa, duduk chalet macam ni, aircond pon tak payah sebenarnye. Dah memang sejukkk pon. Breakfast?  Breakfast TIDAK disediakan yea.. kalau nak breakfast kene pusing2 cari. Sebelah chalet ni ade la warung makan. Tapi bukak petang ke malam je. So, nak tak nak.. memang korang kena pusing cari. Alah.. tak jauh pon.. dalam 10 minit sampai la.. banyak pilihan warung-warung ni. Makan pon aku rasa.. murah jek.

Dah alang-alang.. aku cita ni. Haaa.. kereta sewa kitorang dapat RM160 untuk 4 hari 3 malam. Amek keta Viva. Kitorang tak booking pon. Sampai je airport. Haaa.. besepahh orang sewa keta. Jangan risauu lahhh ! Minyak untuk 4 hari kitorang kat sana.. RM50. tu pon sebenarnye ade lebih. Masa dapat keta minyak dah berkelip. Isi RM30. Pastu nak naik cabel car.. kitorang isi RM20. Masa bagi keta balik.. minyak tak berkelipp pon.. rezeki orang sewa keta tu la... tu pon dah habis pusing la tu.

Untuk chalet aku.. aku rasa yang kurang die.. air die slow sikit. Tambah2 waktu pagi. Waktu memasing nak mandi nk kuar. Untuk bilik Dayah & Seli pulak.. bilik berbau sikit.
Kat sini aku sertakan business card chalet ni.







c                                                   cantikkan ? aku memang suka view macam ni.

                                                          pokok buluh tu pon aku bekanan. hihi


                                                              tenang ja.
                                 
                                    merasa la duduk rumah papan 1 malam. hehe


bukak-bukak pintu.. dah nampak katil.
Incit Somi memang kerja dia la.. check semua benda..
Selamat Bercuti , uolss ! =)
bintunismail at 1:40 PM

Powered by Blogger.

Tempat penginapan di Langkawi

Bintunismail
10 November 2016
Chalet Murah & Cantik di Langkawi

Kitorang tido sini 1 malam. Kitorang tak booking pon chalet or hotel dihari ke 3. Bukan apa. Kitorang rase macam boleh cari yang lebih murah. Murah disini tak la bermaksud murah sampai tempat tido ntah ape2. Murah disini bermaksud berbaloi la dengan apa servis yang diberi.

Chalet ni dekat dengan airport Padang Matsirat tu. Tak sampai 10 minit dah sampai dah airport.  Kitorang memang plan nak cari penginapan yang dekat dengan airport tak bagi kelam kabut keesokan harinya. Memang very recommended la chalet ni.

Harga untuk 1 malam RM80. Yea la.. aku ulang sekali lagi. RM80 sahaja ! Apa ada kat chalet ni? Astro channel basic dengan Citra. Kalau nak tengok Maharaja Lawak Mega tu.. memang boleh la. Kitorang g mintak kat reception tuka channel 132 mase tu. (Jumaat malam Sabtu) memang legaaaa . Boehh jugak tengok.. poyo kan? Hahahaha !.kitorang 4 orang memang tak penah tinggal la live Maharaja Lawak Mega. Tu yang macam besttt !

Selain Astro, macam biasa, ada jug kettle, water heater, aircond, WIFI. peti sejuk tak de. iron dengan board tu boleh mintak. Haa.. telefon ko nak intercom kawan ko yg duduk chalet sebelah tak ade yea.. so, siap sedia la whatssapp. Hihi ! DAN ! untuk dapatkan WIFI tanpa sangkut-sangkut, SILA mintak chalet yang depan-depan. kira berdekatan receptionist tu.. ok ? aku dapat yang belakang, WIFI sangkut-sangkut. HEHE ! biasa ar, walaupon ada data plan.. pakai WIFI, syokkk sikit. =)

Yang aku tido ni. Memang untuk berdua. Bukak2 je pintu.. dah nampak katil. Pastu ade ruang nak solat sikit. Bilik ni ngam2 je. Tak besar . Tak kecik. Aku rasa, duduk chalet macam ni, aircond pon tak payah sebenarnye. Dah memang sejukkk pon. Breakfast?  Breakfast TIDAK disediakan yea.. kalau nak breakfast kene pusing2 cari. Sebelah chalet ni ade la warung makan. Tapi bukak petang ke malam je. So, nak tak nak.. memang korang kena pusing cari. Alah.. tak jauh pon.. dalam 10 minit sampai la.. banyak pilihan warung-warung ni. Makan pon aku rasa.. murah jek.

Dah alang-alang.. aku cita ni. Haaa.. kereta sewa kitorang dapat RM160 untuk 4 hari 3 malam. Amek keta Viva. Kitorang tak booking pon. Sampai je airport. Haaa.. besepahh orang sewa keta. Jangan risauu lahhh ! Minyak untuk 4 hari kitorang kat sana.. RM50. tu pon sebenarnye ade lebih. Masa dapat keta minyak dah berkelip. Isi RM30. Pastu nak naik cabel car.. kitorang isi RM20. Masa bagi keta balik.. minyak tak berkelipp pon.. rezeki orang sewa keta tu la... tu pon dah habis pusing la tu.

Untuk chalet aku.. aku rasa yang kurang die.. air die slow sikit. Tambah2 waktu pagi. Waktu memasing nak mandi nk kuar. Untuk bilik Dayah & Seli pulak.. bilik berbau sikit.
Kat sini aku sertakan business card chalet ni.







c                                                   cantikkan ? aku memang suka view macam ni.

                                                          pokok buluh tu pon aku bekanan. hihi


                                                              tenang ja.
                                 
                                    merasa la duduk rumah papan 1 malam. hehe


bukak-bukak pintu.. dah nampak katil.
Incit Somi memang kerja dia la.. check semua benda..
Selamat Bercuti , uolss ! =)
bintunismail at 1:40 PM

Powered by Blogger.

Aktiviti menarik di Langkawi


23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!
bercuti-langkawi-2
bercuti-langkawi-2

Ida Latif  November  10, 2016
Nota Editor : Artikel ini asalnya diterbitkan di blog Kisah Tatie, sebuah blog tentang lifestyle oleh seorang blogger sepenuh masa, Izzati. Beliau banyak menulis tentang travel dalam dan luar negara. Cuti sekolah tak lama lagi, semoga perkongsian ini membantu jika anda bercuti ke Langkawi.
bercuti-langkawi-20

bercuti-langkawi-20
Setiap kali pulang dari Langkawi, mesti hati jadi sayu. Sobsss … *drama queen sangat ahkak ko ni.. haha*. Tapi betul. aku tak pernah rasa bosan untuk ke sini. My favourite place to chillax with friends and family. Kot-kot ada yang nak pergi bercuti dengan family tu, bolehlah ke sini. For me, ini antara destinasi percutian family yang best di Malaysia.

Baik dari segi makan, pantai, duty free shopping hinggalah sejarah lagenda Mahsuri di pulau ini. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh korang pergi seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Tengkorak, Laksamana Cheng Ho Cruise dan macam-macam lagi.

And, the best way to explore this island adalah dengan sewa kereta. Tak mahal pun sewa kereta kat Pulau Langkawi ni. Kena pandai deal, tapi kalau pergi time peak time, segalanya jadi MAHAL.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat Langkawi? Nahhh, 23 aktiviti ahkak kawww listkan berdasarkan pengalaman sendiri. Ada tarikan terbaru di Langkawi ni dan ada yang dah lama kat Langkawi ni. Yang lain sila-sila tambah di ruang komen jika rajin. Haks!!

1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
bercuti-langkawi-1

bercuti-langkawi-1
Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu.

2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat
bercuti-langkawi-2

bercuti-langkawi-2
Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi.

3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau
bercuti-langkawi-3
bercuti-langkawi-3

Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5 minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4 orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.

4) Menikmati lauk pauk kampung di Laman Padi
bercuti-langkawi-4

bercuti-langkawi-4
Terliurnya tengok gambar dekat atas ni. Teringat pula kelazatannya. Lagi bertambah selera aku ‘membedal’ makanan-makanan ni bila duduk bertentangan dengan padi di Laman Padi ni. Tempat ni cantik sangat. Kalau tak nak makan, nak jenjalan saje pun boleh. Suka hati korang

5) Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi
bercuti-langkawi-5
bercuti-langkawi-5

Skytrex Langkawi ni lagi mencabar dari Shah Alam sebab ia dibina di kawasan berbukit bukau. Soon, ada flying fox terpanjang di dunia. Cubalah jika berani.

6) Seafood galore di restoran-restoran seafood
bercuti-langkawi-6
bercuti-langkawi-6

Datang Langkawi tak sah kalau tak nikmati seafood kat sini. Banyak restoran-restoran yang menyajikan seafood-seafood segar dengan harga yang sangat berpatutan.

7) Lunch sambil melihat keindahan pulau di atas Blue Dolphin
bercuti-langkawi-7
bercuti-langkawi-7
Kot-kot ada duit banyak, tapi tatau nak spend macamana, sewalah Blue Dolphin. 4 jam untuk RM20,000. Dah naik nanti, uploadlah kat instagram dan jangan lupa hashtag #RKOM. Nak tau apa tu RKOM, pergila search kat Instagram sekarang. Huahuahua.

8) Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang
bercuti-langkawi-8
bercuti-langkawi-8

Pssst, ada benda baru kat sini iaitu Crystal Glass Cable Car!! Woot, woot!! Kalau rasa diri tu tak gayat dan nak naik sesuatu yang lebih mencabar, naiklah crystal glass cable car kat Langkawi ni. Memang togel habis!! Harga?? RM85 untuk seorang. Tu kalau naik crystal glass cable car. Tapi rasanya lagi murah jika bawa mykad.

9) Mencuba sukan lasak ATV di Oriental Village
bercuti-langkawi-9

bercuti-langkawi-9
Lasak sangat ke korang ni? Meh try ATV offroad kat sini. Aku naik pun kejap-kejap tersasar masuk semak. Hahaha. Ada tu yang siap menyumpah-nyumpah taknak naik lagi. Tapi best, sebab aktiviti ni lain dari yang lain. Takkan nak feeling cantik sepanjang masa je? Bosannya. Sesekali biarlah lumpur tercalit di wajah anda. Barulah sado!! Hahahaha.

10) ‘Be creative’ di Muzium 3D Langkawi
bercuti-langkawi-10
bercuti-langkawi-10

Muzium 3D Art in Paradise ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan baru je dibuka bulan lepas. Muzium yang berharga RM17juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D. Make sure korang bergambar se-kreatif mungkin. Hehe.

11) Romantic lunch di The Cliff Pantai Cenang
bercuti-langkawi-11

bercuti-langkawi-11
Dalam mood honeymoon? Jom lunch dengan mood romantik di The Cliff Pantai Cenang. Sambil saksikan kemeriahan Pantai Cenang yang sentiasa dipenuhi dengan Mat Salleh dan pemandangan cantik Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil. Lawak tak nama pulau ni? Hahaha. Tapi memang ada. Tak percaya? Tanya encik google. Hahaha.

12) Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village
bercuti-langkawi-12
bercuti-langkawi-12

Berbeza betul kunjungan kali ini dengan kunjungan beberapa tahun lepas. Beberapa tahun lepas, aku datang, tempat ni macam biasa je. Takde benda yang menarik, setakat kolam air panas biasa. Tapi kini dah di upgrade dan macam-macam ada. Antara yang terbaru adalah kolam jacuzzi. Bagi yang berhijab, jangan risau. Jacuzzi ni berada di tempat tertutup. ;)

13) Berhibur di 6D Cinemotion
bercuti-langkawi-13

bercuti-langkawi-12
6D Cinemotion ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk kabel car Langkawi. Antara tarikan terbaru di sini, lebih canggih dan lebih menyeronokkan.

14) Ber-Revo di Oriental Village
bercuti-langkawi-14
bercuti-langkawi-14

Imbangi badan korang di atas revo ini. Kot-kot nak explore kawasan Oriental Village Langkawi ni tapi malas giler nak jalan, bolehlah sewa revo ni. Hahaha.

15) Shop til drop di Duty Free Langkawi
bercuti-langkawi-15
bercuti-langkawi-15

Makcik-makcik sekalian, kalau datang Langkawi mohon jangan pengsan ye. Bawa-bawa istigfar bila masuk kedai duty free ni. Ye, ye saya tahu barang seperti pinggan mangkuk, tefal dan lain-lain lagi murah. Tapi mohon survey dulu di dua tiga kedai supaya tak pengsan bila tengok kedai satu lagi lebih murah dari kedai yang makcik pergi tadi. Hahaha.

16) BBQ sunset dinner & mandi di Salt Water Jacuzzi Net
bercuti-langkawi-17
bercuti-langkawi-17

Nak tengok sunset dalam situasi yang berbeza kat Langkawi ni? Naiklah Tropical Charters Cruise. Sambil lihat sunset sambil makan bbq. Sebelum makan, kita lompat dan mandi dulu di Salt Water Jacuzzi Net. Meriah tau naik Tropical Charters ni. Dahlah makan sampai kenyang, nak minum air sampai muntah pun takpe. Sebab free flow!

17) Berkayak di Sungai Kubang Badak
bercuti-langkawi-18

bercuti-langkawi-18
Laut kita dah pergi, sekarang pergi tengok sungai pula. Nak mengembara di sekitar sungai, tak syokla kalau naik bot kan. Sebaliknya kita berkayak. At the same time, bolehlah bina muscle sekali. Hahaha. Sungai Kubang Badak ni bersih sangat. Korang bukan berkayak sorang-sorang tau. Ada orang yang teman korang. Kengkadang boleh tengok orang siam naik bot. Pakcik ni cakap, kalau naik bot adalah 3-4 jam nak sampai sempadan siam.

18) Minum petang di Laksa Power Tepi Airport
bercuti-langkawi-19
bercuti-langkawi-19

My favourite laksa, Laksa Power. Sedap sangat!! Tapi make sure makan di gerai yang betul sebab tetiba banyak pula lori-lori jual laksa kat tepi airport. Semua nak mengaku paling sedap tapi hakikatnya ada satu je yang sedap kat situ. Hahaha.

19) Mandi di Tasik Dayang Bunting
bercuti-langkawi-20

bercuti-langkawi-20
Tasik Dayang Bunting ni mempunyai cerita dan mitos yang tersendiri. Disebabkan itu ramai yang berpusu-pusu untuk mandi kat sini.

20) Bergambar kenangan di Dataran Lang
bercuti-langkawi-21

bercuti-langkawi-21
Hey, korang .. yang datang Langkawi for the first time. Mohon amek gambar kat Dataran Lang ni. Kira wajiblah ada gambar kat sini. Helang tu memang stay sini forever dari zaman aku hingusan mula mengerti apa tu ABC sampailah dah besar panjang pun helang ni masih setia di Dataran Lang. Haha.

21) Borong gamat
bercuti-langkawi-22
bercuti-langkawi-22

“Apa nak beli kat Langkawi ni eh? Coklat dah beli, kain batik dah beli, pinggan dan tefal dah beli. Duit ada banyak lagi ni,” – rintihan seorang makcik kayo duit berkepuk-kepuk dalam wallet kat aku.
Makcik, jom borong gamat. Nak borong satu kedai pun takpe. Sebab gamat kat Langkawi ni fresh. Selain gamat, ada juga minyak-minyak urut lain. Semuanya murah. Beli makcik jangan tak beli.

22) Island hopping
bercuti-langkawi-23
bercuti-langkawi-23

Island hopping di Langkawi actually merangkumi Tasik Dayang Bunting sekali. Tapi kalau nak pergi tasik tu je pun boleh. Takde masalah. Tapi kalau nak lebih feel dan lebih seronok, pergilah island hopping kat sini. Memang best!

23) Snorkeling di Pulau Payar
bercuti-langkawi-24
bercuti-langkawi-24

Walaupun keadaan pulau ni makin lama makin merosot, tapi aku tetap suka Pulau Payar. Sebabnya ini adalah pulau pertama aku pergi snorkeling masa zaman hingusan dulu. Legend tu! Hahaha.
Cukuplah 23 aktiviti di Langkawi. Nak pilih hotel bajet di Langkawi boleh jenguk-jenguk kat sini. Maaf kalau ter-merepek. Hahaha. Kot-kot ada yang nak menambah apa lagi yang best, bolehlah tulis di ruang komen. Jangan malu-malu ok? :)
  
© 2016 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤.

Senarai makanan menarik di Langkawi

≡Navigation
  
Luar TeKo

SELECT MENU

Home » Langkawi » Makanan best di Langkawi » tempat makan best di langkawi » Senarai Tempat Makan Best di Langkawi
Senarai Tempat Makan Best di Langkawi
Add Comment Sunday,  November 13, 2016

Senarai Tempat Makan Best di Langkawi.

Disertakan dibawah ni, saya nak share beberapa tempat makan atau kedai makan best Dan wajib anda Cuba bila ke Langkawi.

1. Restoren Haji Ali, Pekan Kuah. Kat sini hidangan Nasi Kandar dia memang mantap.

2. Kedai Makan Kak Timah Nasi Campur, Kuah. Kalau nak makan Nasi campur dengan beraneka lauk Pauk yang sedap Dan murah, anda sangat digalakkan datang berkunjung ke sini.

3. Restoren Rasa Sayang. Restoren ni beroperasi malam. Nak dinner boleh terjah ke sini. Hidangan seafood Dan goreng-goreng semuanya ada di sini. So far makan pun sedap Dan harga juga berpatutan.

4. GM Burger. Nak makan oblong sedap Dan hidangan Western lain, boleh berkunjung ke GM burger.

5. Nasi Lemak Panas Saloma, berdekatan Dataran Lang. Kat sini, selain menu nasi lemak, anda juga boleh order hidangan goreng yang lain.

6. Laksa Ikan Sekoq, Pantai bersebelàhan airport Langkawi. Laksa ikan Sekoq ni adalah Lori stall yang beroperasi di persisiran Pantai berdekatan airport Langkawi. Kat sini anda boleh Cuba laksa ikan Sekoq Dan juga cendol. Cukup rasa Dan terbaik.

7. Laksa Power, Pantai bersebelàhan airport Langkawi. Sini juga anda boleh makan laksa, pesembuq, Ying tau fu Dan cendol.

8. Nasi Dagang Pak Malau, Jalan menuju ke Makam Mahsuri. Kalau nak breakfast, anda boleh ke sini bagi menikmati keenakan rasa Nasi Dagang.

9. Wan Thai Restoren, berdekatan lobi Bahagia Hotel. Dah nama pun wan Thai, jadinya special di sini mestilah masakan Thai. ;)

10. Burger Bakar Pokok Asam. Nak makan Burger Bakar, anda wajib Cuba Burger Bakar di sini. Memang sedap Dan lain Dari yang lain.

Peta pelancongan di Langkawi

Hasil carian imej untuk peta pelancongan langkawi

Pakej.MY

Kami adalah hub pakej pelancongan. Kami menyediakan satu platform untuk mencari dan menempah pakej pelancongan.

Ditubuhkan pada bulan Jun 2015 dan berpusat di Shah Alam, Selangor. Pakej.MY adalah platform yang boleh dipercayai pengguna untuk mengiklankan, menerokai, dan menempah pakej pelancongan hebat di seluruh Malaysia dan seterusnya adalah dunia.

Sama ada pakej pulau, pakej domestik, atau pakej antarabangsa, Pakej.MY menghubungkan komuniti dengan pengalaman pengembaraan yang menakjubkan, pada harga yang berpatutan, dan yang pasti akan membuat orang merasa puas hati apabila mengembara dengan ejen. Dan dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan komuniti yang semakin meningkat dari pengguna, Pakej.MY adalah platform yang paling mudah untuk agent bagi mengembangkan lagi perniagaan travel pakej mereka dan mempamerkan kepada ribuan pembaca di website ini.

Pakej-pakej yang dipaparkan di Pakej.MY boleh ditempah dengan tiga (3) cara mudah iaitu, pertama cari pakej yang diingini, kedua isi maklumat diri dan akhir sekali, buat bayaran secara online. Itu sahaja.






Perhentian island 1


3D 2N Pakej Pulau Perhentian - Promosi Tempahan Awal
 
Perhentian island 1
RM280.0 / ADULT
RM180.0 / CHILD

NOTE: The price rate may vary by date
Category: Island Package
Location: Terengganu, Malaysia
Min Pax per Booking: 2 Person (s)
Travel Period: 25/02/2017 - 31/03/2017
Pickup Location: Jeti Kuala Besut
Booking Period: 31/12/2016

BOOK NOW
TRAVEL AGENT DETAILS
Pakej.MY
Shah Alam, Selangor
Contact No: 601111258323

NOTED:
- If you feel not convenient to book a package through this site, you may contact agent for assistance.
- You also may contact Pakej.MY's team for any assistance.

DESCRIPTIONS
Pulau Perhentian salah satu pulau yang tercantik di Semenanjung Malaysia. Pulau ini tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Terkenal dengan pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih dan laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik.

Pulau Perhentian mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong. Resort dan feri dihentikan ketika musim ini kerana pada ketika ini ombak tinggi dan angin kencang membadai dengan kuat. Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang hangat hujan sekali sekala.

Itineraries

Day 1:
10:00 hrs Welcome drink upon arrival
13:00 hrs Registration and check-in
13:30 hrs Lunch at Resort
14:00 hrs Free & Easy
19:30 hrs Dinner at Resort


Day 2:
08:00 hrs Breakfast at Resort
10:00 hrs Snorkelling trip
13:00 hrs Lunch at Resort
19:30 hrs Barbecue (BBQ) at Resort

Day 3:
08:00 hrs Breakfast at Resort
12:00 hrs Check-out (End of your stay)


Samudera Beach Chalet
Room Type:
Triple
Maximum Person:
3 Adult
3 Child
Additional Price:
RM 0.0 / Adult
RM 0.0 / child
Room Type:
Double
Maximum Person:
2 Adult
3 Child
Additional Price:
RM 30.0 / Adult
RM 15.0 / child


- Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Kuala Besut dan resort (30 minit)
- Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.
- Penginapan 3 Hari 2 Malam
- 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 1 x makan malam, - 1 x makan malam BBQ
- Trip snorkeling (5 Point) dengan peralatan.
- Travel Insurances
- Personal Expenses
- Marine Park fee (RM5/dewasa & RM2/kanak-kanak)